Saturday, 13 February 2016

MAP – Marketing Action Plan.

1.     Identify product.
2.     Apakah sasaran. Jumlah kuantiti, jualan, end point yang dikehendaki. Contoh boleh target berapa peratus peningkatan.
3.     Tempoh / tema kempen. Bila nak mula, bila nak tamat.
4.     Budget. Berapa banyak nak guna yang bersesuaian dan mampu.
5.     Medium to reach people. (Online / offline)
6.     Database management system. Masuk dalam Excel.
7.     Create content, mintak consent untuk buat CTA.
8.     Test and measure. Mintak report.
9.     Contact point. 1 phone number / 1 email address
10.  Marketing point of sales. Distribution channel / agent / affiliate.
11.  Good customer service.
12.  Follow up plan. For upsell or down sell.
13.  Create referral plan.

14.  Create fusion / JV partnership. Cross partnership dengan bisnes yang lain, boleh saling promosi antara satu sama lain.

Saturday, 2 January 2016

iReka Workspace 2016

I tried some techniques called konmari for tidying up. 

The key of the technique is spark the joy. 

Tuesday, 8 December 2015

iReka Soft Workspace

Workspace is important to make to work done.

This is a snapshot where many works are done in 2015. 

We expected to growing bigger by next year. 

Spiritually. Mentally. Physically. 

Monday, 30 November 2015

Peniaga dan Usahawan

Ramai antara kita yang akan mempunyai idea bisnes. Biasanya idea memang hebat dan luar biasa.

Itu antara sebab kita lihat banyak idea terkubur di dalam pemikiran atau berakhir di mulut sahaja.

Tip untuk kita yang biasa hadapi keadaan ini:

+ Ada idea saja, rancang bagaimana mahu laksanakan dengan baik. (Part ni biasa kita ambil mudah)

+ Kemudian laksana plan dengan modal atau peralatan yang ada di dalam tangan. (Part ni biasanya kita stuck sebab fikir "Mana nak dapat modal?")

+ Belajar jadi peniaga dulu sebelum jadi usahawan. (Part ni kita biasa confuse sampai tak jadi laksana idea - duk rumah, tidur)

Berani pecahkan ketakutan untuk keluar hadapi pelanggan dan membuatkan mereka membeli dari kita.

Paling utama, belajar hadapi tolakan atau rejection prospek dan makian daripada pelanggan yang tak puas hati.

Jangan fikir untung dulu!

#NotaBisnes

Thursday, 17 April 2014

Tip bisnes - Benci pada si pemalas.

By Tuan Aqif Azizan

Mentor bisnes Cina menulis,

Kami bangsa Cina tidak sekadar mengukur jumlah atau hasil wang yang diperoleh daripada bisnes.

Rasa hormat kami lebih tinggi apabila melihat:

1) Cara bekerja.

2) Tempoh masa bekerja.

3) Komitmen bekerja.

=============
Hilang Hormat Pada Pemalas
-----------------

Sebagai orang bisnes, tugas kita adalah membangunkan bisnes dan membantu pelanggan; setiap hari.

Kami hilang rasa hormat pada mereka yang banyak duit tetapi malas bekerja. Duit adalah hadiah daripada pelanggan, sebagai tanda kita membantu mereka.

Duit bukan simbol kemalasan.

Di sebuah negara Asia yang berprestij, mereka tidak suka duit pencen yang sia-sia.

Iaitu apabila dapat duit pencen, mereka tidak lakukan apa-apa. Hanya duduk di rumah dan buang masa.

Perbuatan ini mencalarkan maruah diri sendiri dan keluarga.

Apa yang masyarakat di sana lakukan adalah, melakukan kerja-kerja komuniti seperti mencuci tandas, kaut sampah di kawasan kejiranan dan sewaktu dengannya.

"Banyak duit bukan simbol malas bekerja." - Pesan mentor bisnes Cina.

Tips motivasi - 5 formula kekal momentum gaya jutawan

By Tuan Aqif Azizan

1. Visualize
-------

Individu yang berjaya sentiasa gambarkan kejayaan mereka dan tingkatkan usaha untuk capai apa yang mereka gambarkan.

Apabila kita visualize atau gambarkan sesuatu, sasaran kita akan jadi lebih jelas dan kita lebih mudah untuk jumpa saluran yang betul untuk capai sasaran kita.

-------
2. Cabar diri untuk ubah dunia
-------

Tidak semua orang boleh jadi seperti Steve Jobs. Beliau sentiasa cabar diri untuk buat sesuatu yang boleh ubah dunia.

Produk Apple, iaitu jenama yang diasaskan beliau tawarkan telah bantu dunia untuk berubah (menjadi lebih baik).

-------
3. Grup sokongan
-------

Individu jutawan sentiasa ada penyokong di belakang mereka untuk berjaya.

Grup sokongan adalah tempat yang bagus untuk berkongsi idea dan nasihat untuk kekalkan momentum.

-------
4. Sentiasa ada alternatif
-------

Untuk pastikan diri kita maju ke hadapan dengan konsisten, pertimbangkan alternatif yang ada adalah tindakan yang bagus.

-------
5. Cipta momentum
-------

Seorang jutawan tidak tunggu sehingga momentum itu datang kepada mereka, sebaliknya mereka sendiri cipta momentum.

Apabila kita cipta sendiri momentum untuk bergerak ke hadapan, sasaran akan lebih mudah kita capai.