Thursday 17 April 2014

Tip bisnes - Benci pada si pemalas.

By Tuan Aqif Azizan

Mentor bisnes Cina menulis,

Kami bangsa Cina tidak sekadar mengukur jumlah atau hasil wang yang diperoleh daripada bisnes.

Rasa hormat kami lebih tinggi apabila melihat:

1) Cara bekerja.

2) Tempoh masa bekerja.

3) Komitmen bekerja.

=============
Hilang Hormat Pada Pemalas
-----------------

Sebagai orang bisnes, tugas kita adalah membangunkan bisnes dan membantu pelanggan; setiap hari.

Kami hilang rasa hormat pada mereka yang banyak duit tetapi malas bekerja. Duit adalah hadiah daripada pelanggan, sebagai tanda kita membantu mereka.

Duit bukan simbol kemalasan.

Di sebuah negara Asia yang berprestij, mereka tidak suka duit pencen yang sia-sia.

Iaitu apabila dapat duit pencen, mereka tidak lakukan apa-apa. Hanya duduk di rumah dan buang masa.

Perbuatan ini mencalarkan maruah diri sendiri dan keluarga.

Apa yang masyarakat di sana lakukan adalah, melakukan kerja-kerja komuniti seperti mencuci tandas, kaut sampah di kawasan kejiranan dan sewaktu dengannya.

"Banyak duit bukan simbol malas bekerja." - Pesan mentor bisnes Cina.

Tips motivasi - 5 formula kekal momentum gaya jutawan

By Tuan Aqif Azizan

1. Visualize
-------

Individu yang berjaya sentiasa gambarkan kejayaan mereka dan tingkatkan usaha untuk capai apa yang mereka gambarkan.

Apabila kita visualize atau gambarkan sesuatu, sasaran kita akan jadi lebih jelas dan kita lebih mudah untuk jumpa saluran yang betul untuk capai sasaran kita.

-------
2. Cabar diri untuk ubah dunia
-------

Tidak semua orang boleh jadi seperti Steve Jobs. Beliau sentiasa cabar diri untuk buat sesuatu yang boleh ubah dunia.

Produk Apple, iaitu jenama yang diasaskan beliau tawarkan telah bantu dunia untuk berubah (menjadi lebih baik).

-------
3. Grup sokongan
-------

Individu jutawan sentiasa ada penyokong di belakang mereka untuk berjaya.

Grup sokongan adalah tempat yang bagus untuk berkongsi idea dan nasihat untuk kekalkan momentum.

-------
4. Sentiasa ada alternatif
-------

Untuk pastikan diri kita maju ke hadapan dengan konsisten, pertimbangkan alternatif yang ada adalah tindakan yang bagus.

-------
5. Cipta momentum
-------

Seorang jutawan tidak tunggu sehingga momentum itu datang kepada mereka, sebaliknya mereka sendiri cipta momentum.

Apabila kita cipta sendiri momentum untuk bergerak ke hadapan, sasaran akan lebih mudah kita capai.

3 Formula kejayaan Guy Kawasaki.

By Tuan Aqif Azizan

Beliau ini adalah individu yang memainkan watak penting dalam menjayakan jenama Apple satu ketika dahulu.

Satu daripada teori kejayaannya adalah:

"There is only hard work and luck. Which are really two sides of the same coin."

3 poin kejayaan
===

Kejayaan itu terletak pada beberapa poin:

1) Kita tahu apa yang kita buat.

2) Kita berkorban sehingga dapat.

3) Kerja keras adalah tunjang utama.

Orang yang bekerja keras tanpa matlamat, mereka usaha di jalan yang gelap.

Hentam sana sini, akhirnya sakit namun tiada apa yang berjaya dikecapi.

Orang yang bekerja keras dengan matlamat yang jelas, menganggap setiap pengorbanan itu adalah nikmat.

2 Kepala yang buat bisnes kita jadi jutawan

By Tuan Aqif Azizan


Cara cepat untuk jadi kaya dalam perniagaan, adalah dengan membahagikan dua kepala utama ini.

Dua kepala ini adalah dua orang penting yang bertanggungjawab:

1) Mencipta idea baru, segar, kreatif dan inovasi dalam bisnes.

2) Menstruktur pelan tindakan dan merealisasikan idea-idea itu.

3) Membangunkan bisnes bersama-sama. Tetapi gerak kerjanya berbeza.

Dua kepala itu adalah:

** Kepala #1 - Tukang idea.
===

Ada golongan yang sentiasa hebat mengeluarkan idea-idea baru.

Pilih orang ini dan biarkan mereka buat kerjanya; Mencambah idea-idea baru dalam bisnes.

Dalam masa sama, jangan suruh mereka merealisasikan idea itu menerusi tindakannya sendiri.

Gunakan kepala kedua.

** Kepala #2 - Tukang tindakan.
====

Orang yang suka bagi idea-idea bernas dan berguna untuk bisnes, tidak semestinya mereka juga mahir untuk laksanakan idea itu.

Penting untuk kita lantik seorang lagi kepala; Tukang tindakan.

Mereka ini yang akan cari jalan bagaimana untuk merealisasikan idea itu.

Idea tidak akan membawa pulangan jutaan ringgit kepada bisnes, jika kita tidak mempunyai tindakan.

Tindakan yang bagus tetapi ideanya sempit, akan buat bisnes sentiasa terhimpit.