Thursday 17 April 2014

Tip bisnes - Benci pada si pemalas.

By Tuan Aqif Azizan

Mentor bisnes Cina menulis,

Kami bangsa Cina tidak sekadar mengukur jumlah atau hasil wang yang diperoleh daripada bisnes.

Rasa hormat kami lebih tinggi apabila melihat:

1) Cara bekerja.

2) Tempoh masa bekerja.

3) Komitmen bekerja.

=============
Hilang Hormat Pada Pemalas
-----------------

Sebagai orang bisnes, tugas kita adalah membangunkan bisnes dan membantu pelanggan; setiap hari.

Kami hilang rasa hormat pada mereka yang banyak duit tetapi malas bekerja. Duit adalah hadiah daripada pelanggan, sebagai tanda kita membantu mereka.

Duit bukan simbol kemalasan.

Di sebuah negara Asia yang berprestij, mereka tidak suka duit pencen yang sia-sia.

Iaitu apabila dapat duit pencen, mereka tidak lakukan apa-apa. Hanya duduk di rumah dan buang masa.

Perbuatan ini mencalarkan maruah diri sendiri dan keluarga.

Apa yang masyarakat di sana lakukan adalah, melakukan kerja-kerja komuniti seperti mencuci tandas, kaut sampah di kawasan kejiranan dan sewaktu dengannya.

"Banyak duit bukan simbol malas bekerja." - Pesan mentor bisnes Cina.

Tips motivasi - 5 formula kekal momentum gaya jutawan

By Tuan Aqif Azizan

1. Visualize
-------

Individu yang berjaya sentiasa gambarkan kejayaan mereka dan tingkatkan usaha untuk capai apa yang mereka gambarkan.

Apabila kita visualize atau gambarkan sesuatu, sasaran kita akan jadi lebih jelas dan kita lebih mudah untuk jumpa saluran yang betul untuk capai sasaran kita.

-------
2. Cabar diri untuk ubah dunia
-------

Tidak semua orang boleh jadi seperti Steve Jobs. Beliau sentiasa cabar diri untuk buat sesuatu yang boleh ubah dunia.

Produk Apple, iaitu jenama yang diasaskan beliau tawarkan telah bantu dunia untuk berubah (menjadi lebih baik).

-------
3. Grup sokongan
-------

Individu jutawan sentiasa ada penyokong di belakang mereka untuk berjaya.

Grup sokongan adalah tempat yang bagus untuk berkongsi idea dan nasihat untuk kekalkan momentum.

-------
4. Sentiasa ada alternatif
-------

Untuk pastikan diri kita maju ke hadapan dengan konsisten, pertimbangkan alternatif yang ada adalah tindakan yang bagus.

-------
5. Cipta momentum
-------

Seorang jutawan tidak tunggu sehingga momentum itu datang kepada mereka, sebaliknya mereka sendiri cipta momentum.

Apabila kita cipta sendiri momentum untuk bergerak ke hadapan, sasaran akan lebih mudah kita capai.

3 Formula kejayaan Guy Kawasaki.

By Tuan Aqif Azizan

Beliau ini adalah individu yang memainkan watak penting dalam menjayakan jenama Apple satu ketika dahulu.

Satu daripada teori kejayaannya adalah:

"There is only hard work and luck. Which are really two sides of the same coin."

3 poin kejayaan
===

Kejayaan itu terletak pada beberapa poin:

1) Kita tahu apa yang kita buat.

2) Kita berkorban sehingga dapat.

3) Kerja keras adalah tunjang utama.

Orang yang bekerja keras tanpa matlamat, mereka usaha di jalan yang gelap.

Hentam sana sini, akhirnya sakit namun tiada apa yang berjaya dikecapi.

Orang yang bekerja keras dengan matlamat yang jelas, menganggap setiap pengorbanan itu adalah nikmat.

2 Kepala yang buat bisnes kita jadi jutawan

By Tuan Aqif Azizan


Cara cepat untuk jadi kaya dalam perniagaan, adalah dengan membahagikan dua kepala utama ini.

Dua kepala ini adalah dua orang penting yang bertanggungjawab:

1) Mencipta idea baru, segar, kreatif dan inovasi dalam bisnes.

2) Menstruktur pelan tindakan dan merealisasikan idea-idea itu.

3) Membangunkan bisnes bersama-sama. Tetapi gerak kerjanya berbeza.

Dua kepala itu adalah:

** Kepala #1 - Tukang idea.
===

Ada golongan yang sentiasa hebat mengeluarkan idea-idea baru.

Pilih orang ini dan biarkan mereka buat kerjanya; Mencambah idea-idea baru dalam bisnes.

Dalam masa sama, jangan suruh mereka merealisasikan idea itu menerusi tindakannya sendiri.

Gunakan kepala kedua.

** Kepala #2 - Tukang tindakan.
====

Orang yang suka bagi idea-idea bernas dan berguna untuk bisnes, tidak semestinya mereka juga mahir untuk laksanakan idea itu.

Penting untuk kita lantik seorang lagi kepala; Tukang tindakan.

Mereka ini yang akan cari jalan bagaimana untuk merealisasikan idea itu.

Idea tidak akan membawa pulangan jutaan ringgit kepada bisnes, jika kita tidak mempunyai tindakan.

Tindakan yang bagus tetapi ideanya sempit, akan buat bisnes sentiasa terhimpit.

Wednesday 26 February 2014

Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik?

By Tn Baharuddin Mohamed

Lepas habis belajar di universiti saya terus mendapat kerja. Saya kerja ditempat saya praktikal masa belajar dalam bidang komputer. Masa itu walaupun masa kemelasetan ekonomi dan ramai tak dapat kerja, tetapi berkerjaya.

Ibu saya suka saya bekerja, katanya kalau berkerja stabil ekonominya, terjamin masa depan dan balik ikut waktu. Mak selalu membandingkan saya dengan saudara saya yang bekerja kerajaan dan berpangkat. Di kampung kalau pilih menantu pun perlu ditanya kerja nya apa, jika sudah dapat bekerja dengan kerajaan atau pun swasta tentu cepat diterima.

Saya punya sejarah manis dengan arwah ayah saya tentang motivasi berniaga. Dari kecil saya dibawa mengikut beliau berniaga kecil-kecilan. Saya akan diminta menjaja daun ubi dan keledek sekeliling kampung, saya suka kerja itu. Duitnya dibahagi dua sebagai upan, banyak saya jual dan saya akan menerima banyak upah. Bila ada keramaian seperti ceramah agama atau sambutan perayaan abah akan berniaga kerepek. Perkara yang melucukan adalah mak selalu marah-marah sebab ayah akan jual murah. Abah cakap, jika berniaga kita dapat duit, jika sedekah kita dapat pahala. Kedua-duanya kita untung, perkataan ayah yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya. bila saya disekolah menengah dan dewasa sedikit ayah buatkan kedai kecil depan rumah saya, jual cendol dan rojak petis untuk orang kampung, ayah masih bekerja dengan membawa kereta sewa.

Saya dibesarkan dalam dua keadaan persimpangan iaitu membesar dengan fahaman mak dimana bekerja dan berpangkat besar bila besar nanti dan pandangan sebaliknya dari ayah. Tetapi kedua mereka memegang prinsip yang sama dengan pendidikan sahaja boleh mengubah tamadun kita. Ibu saya akan selalu berletir kepada saya, belajarlah bersungguh-sunguh supaya saya mudah mendapat kerja bila besar.
Ayah pula menasihat untuk saya belajar bersungguh-sungguh supaya besar nanti pandai berniaga dan punya syarikat sendiri, mereka berdua memang tidak sependapat tentang perkara ini. Ayah kata, jika berniaga kita akan mengurus masa sendiri, jika perniagaan maju kita boleh menjadi kaya dan banyak duit. Jika banyak duit kita boleh banyak membantu orang lain bekerja.

Sejak tingkatan 4 saya sudah bersekolah asrama penuh, dibesarkan melalui desplin. Tetapi sejarah lama menjadi kenangan bagi saya, masa itu apa yang saya tahu adalah saya suka dan minat berniaga jauh sekali niatnya berniaga boleh membawa kekayaan. Disekolah saya selalu di ingatkan untuk tidak lupa diri, jangan mencari kekayaan sebabnya duit akan membawa kita lupa diri. Digambarkan orang kaya nanti sombong, tak sembahyang, menipu melalui cerita-cerita yang dibawa, kita perlu bersederhana. Tetapi membuatkan saya termenung, adakah orang miskin semua nya rajin sembahyang, rasanya ada juga si miskin sombong .
Menjadi seorang remaja dengan asakan minda dimana saya perlu berjaya dikelilingi dengan nasihat adalah suatu perkara yang bukan mudah. Memilih untuk jadi apa bila besar menyebabkan saya keliru dengan erti kejayaan. Kejayaan pada masa itu adalah mengejar 8 A dalam SPM dan belajar ke luar negara. Saya perlu taat, patuh dengan pattern yang dibuat untuk saya.

Pandangan saya matapelajaran kemahiran hidup satu ketika dulu perlu diteruskan untuk mengasah anak-anak dengan keadaan dan kerja dan kehidupan sebenar. Perkara tambahan yang perlu diajar adalah pengurusan kewangan dan bagaimana menjana duit. Ianya hanya diajar dengan tidak formal dirumah menyebabkan banyak remaja akan terperangkap dengan masalah hutang dari awal termasuk saya ketika itu.
Saya punya saudara yang sangat dihormati oleh ibu dan ayah saya, dia akan djadikan contoh ibu saya setiap kali bercerita tentang masa depan. Masa saya kecil, pak cik saya akan bercerita dengan gembira gred gaji, manfaat perubatan kerja kerajaan, kemudahan cuti , bonos dan lain-lain. Tetapi diakhirnya saya melihat beliau hanya punya sebuah rumah banglo dan sebiji kereta yang masih ada hutangnya bila dia pancen.
Saya membesar dari zaman kanak-kanak ke zaman belajar di universiti. Saya telah punya syarikat sendiri seawal saya tahun kedua di universiti. saya mempunyai kedai komputer, saya punya kereta sewa, saya berniaga printing dan banyak lagi semata-mata untuk menyara yuran pengajian saya dan pembelanjaan mak di kampong dengan ayah sudah pergi buat selamanya, membuatkan saya cepat matang.

Habis belajar di universiti, saya bekerja. Sambil bekerja saya juga meneruskan minat saya berniaga. Walaupun tidak mengganggu waktu kerja saya, tetapi saya dipandang serong oleh semua pihak. Saya pasti ianya juga berlaku hingga sekarang dengan anda.

Pandangan serong dari keluarga, saya sudah mendapat ijazah dan apa perlunya saya berniaga sendiri. Semua ketakutan diberi kepada saya sebagai contoh penat, nanti rugi, dan lebih baik saya menumpukan dengan kerja dan fokus dengan naik pangkat.

Pandangan serong dari masyarakat, jika berniaga ni macam tak stabil le. Kalau ditanya dikampung. “baha kerja apa sekarang?”. Saya berniaga mak cik. Terus berubah mukanya berkerut 1001 persoalan, biarlah jadi kerani pun lepasan ijazah dan bergaji kecil itu lebih stabil dari orang berniaga, itu pandangan mereka. Pandangan serong dari kawan, enjoy le nak buat apa kerja sampai 7 hari seminggu jom le tengok wayang , hari minggu jalan dengan mak wa.

Pandangan serong dari majikan, walaupun pristasi anda sudah sama dengan eksekutif lain dan waktu kerja anda sama dengan yang lain tetapi perasaan sangsi dari pengurusan tetap ada. Menjadi satu dosa jika anda bekerja dan mempunyai bisnes sendiri di luar.

Walaupun saya bekerja masa itu tetapi saya mempanyai syarikat sendiri juga pekerja sendiri. Balik kerja dari jam 6 petang hingga waktu malam, saya akan menghabiskan masa saya bersama pekerja saya mengaturkan itu dan ini. Jika di bulan ramadhan saya akan menjual kuah raya, itu memang kesukaan saya. 15 tahun lepas, saya menjual kuih raya dengan hasil jualan 15 ribu sehari dengan pendapatan yang lumaian. Saya akan ceritakan dalam bab “kerja sebulan makan setahun”.

Ramai orang memilih untuk bekerja dari berniaga. Mereka melihat bekerja ini stabil dan mempunyai gaji tetap. Setiap bulan ada gajinya, kurang resikonya.Saya kurang setuju, saya ada pengalaman yang banyak dalam perkara ini. Bukan syarikat yang kecil sahaja yang tidak kukuh malahan syarikat yang besar seperti bank juga mengurangkan pekerjanya dalam kegawatan ekonomi, mereka tidak sepenuhnya stabil. Ramai kawan-kawan saya bergaji berbelas ribu keatas, berpangkat, terpaksa keluar dari kilang atau bank atau tempat mereka bekerja disebabkan kilang tersebut nak tutup pada tahun 1998 dulu. Mereka sudah bertahun-tahun kerja di indastri itu dan sukar untuk mendapat pekerjaan lain diluar.

Perkara yang menarik minat mereka bekerja adalah kelebihan orang yang bekerja ini adalah mudah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk membeli kereta, rumah atau pinjaman pribadi. Walaubagaimanapun mereka masuk perangkap hutang. Selain dari itu mereka memilih bekerja disebabkan kemudahan perubatan yang ditawarkan . mereka juga ada bonus setiap tahun. Jika bekerja dengan kuat dan akhirnya mereka akan berpangkat dan dihormati orang. Masyarakat kita menghormati mereka yang berpangkat semasa bekerja.

Tahap Usahawan

By Tn Syaizul Amal

Tahap 0 - USAHAWAN BERKULI (Pekerja)

Ini adalah tahap permulaan bagi kebanyakkan usahawan. Dalam kategori ini kita ini berkuli dengan mindset mahu kumpul skil dan pengalaman bagi membuka bisnes.

Tahap 1 - Usahawan PERSENDIRIAN (Bekerja Sendiri)

Ini adalah tahap pertama, ketika kita membuka perniagaan atas sebab tidak mahu terkongkong, mahu buat cara kita sendiri atau mahu membuktikan sesuatu. 

Usahawan di tahap ini selalunya masih kerja seorangan. Semua perkara dibuat sendiri. Bayar gaji untuk diri sendiri.

Pada tahap ini, tumpuan diberikan kepada melengkapkan pusingan jualan bisnes dan stabilkan pendapatan.

Tahap 2 - Usahawan PENGURUS

Tahap ini, usahawan sudah ada pekerja yang di bayar gaji. Pada tahap ini usahawan perlukan skil untuk menguruskan manusia. Perlu ada jiwa membantu orang lain berjaya. Perlu ada ilmu membahagikan tugasan. 

Usahawan tahap ini sibuk membetulkan sistem operasi syarikat supaya pusingannya lancar dan boleh diautomasi.

Usahawan yang mengatakan mereka susah mencari pekerja yang bagus selalunya tidak boleh beralih kepada tahap seterusnya. 

TAHAP 3 : USAHAWAN "TOKEY" (Pemilik Bisnes Sejati)

Tahap ini adalah tahap pertama yang mana usahawan mula mempunyai lebihan masa. Pada tahap 1, usahawan sibuk dengan urusan buat duit, tahap 2 usahawan sibuk dengan urusan menguruskan pasukan untuk buat duit, iaitu membina sistem.

Pada tahap ini, kita menjadi pemilik bisnes yang memerhati sistem yang berjalan sendiri yang kita bina pada tahap 2. Pada tahap ini, kita sudah mempunyai pasukan yang lengkap. Kita menurunkan kuasa kita kepada pengurus yang boleh dipercayai.

Kita boleh tinggalkan bisnes kita sekali sekala dan melihat peluang-peluang lain. Selalunya pada tahap inilah kita membuka bisnes baru.

Kesibukan kita ketika ini adalah memastikan cash flow kita stabil dan meningkat. Kita mahu simpan sebanyak mungkin tunai bagi persediaan memasuki tahap seterusnya.

Fokus kita pada tahap ini, bukan kepada sasaran jualan dan untung syarikat, tetapi untung bersih yang masuk ke akaun peribadi kita. 

Inilah tahapnya kita menjadi BOSS. Sebelum ini, kitalah BOSS kitalah juga kuli.

Tahap 4 : USAHAWAN "PELABUR"

Usahawan yang telah sampai ke tahap ini, kini mempunyai kekuatan pendapatan tunai pasif yang stabil dan mempunyai lebihan wang untuk dileburkan. Kita namakan wang kopi. Iaitu wang yang kita tidak perlukan untuk keperluan seharian.

Usahawan pada tahap ini, akan mula membina atau membeli syarikat-syarikat, melabur dalam bentuk JV bagi mendapatkan keuntungan tambahan 'leverage'.

Usahawan tahap ini mempunyai skil secara natural menilai bisnes yang baik. Usahawan ini boleh membeli bisnes yang kurang elok, perbaiki dan mula buat untung. Ia umpama membeli rumah pada harga murah, baiki, refurbish dan sewakan dengan harga tinggi. Kita boleh namakan ia sebagai Doktor Bisnes yang tahu membaiki bisnes.

Semua ini dapat dilaksanakan kerana usahawan tahap ini telah mempunyai pasukan dan SOP yang telah dibuktikan berjaya dalam tahap ke 3 sebelum ini.

Pada tahap ini, fokus usahawan pelabur adalah membina saluran income pasif yang lebih banyak daripada semua resources yang ada seperti duit simpanan, pasukan, alat kerja dan network. Ini dinamakan 'leverage' dan selalunya syarikat usahawan ini dalam bentuk kumpulan yang mempunyai banyak anak syarikat.

Pada tahap ini gelaran kita adalah Chairman atau Penegerusi dalam syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat.

TAHAP 5 : USAHAWAN SEBENAR

Pada tahap ini, usahawan ini akan sudah tidak membeli tetapi mereka mencipta peluang untuk dibeli oleh usahawan lain terutama 'usahawan pelabur'. 

Segala usaha kita pada ketika ini adalah dengan menggunakan duit orang, skil orang dan masa orang lain. Kita mempunyai pasukan yang mempunyai skil membina syarikat untuk dijual berkali-kali. 

Kita membina syarikat untuk IPO dan orang lain yang membeli saham kita. Kita yang membina hartanah untuk dijual. Usahawan mencipta peluang pelaburan untuk orang lain. 

Usahawan pada tahap 5 ini adalah usahawan yang mencipta trend dan boleh mempengaruhi pasaran. 

Semoga tulisan saya ini sedikit sebanyak memberikan kita penilaian terhadap tahap dimana kita berada dalam bisnes, maka mudahlah kita meletakkan sasaran dengan jelas. Ada banyak lagi penambahan kepada artikel ini, InshaAllah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit. 

Tahap manakah kita dan kemana kita selepas ini?

BAGAIMANA MENCARI PASUKAN ATAU RAKAN JV

By Tn Syaizul Amal

Saya telah ditanyakan soalan ini oleh beberapa orang rakan kita di dalam Facebook Group ini.

Salah tahu fokus utama bagi Usahawan Fasa 2 adalah membangunkan pasukan yang lengkap bagi menjaga mesin duit. Mesin duit adalah pusingan bisnes kita. Pasukan ini mestilah boleh memastikan mesin duit kita itu boleh berjalan secara auto.

Ini gambar saya bermesyuarat dengan pasukan anak syarikat BLINK iaitu BLINK DIGITAL SDN BHD dan BLINK EVENT SDN BHD.

Saya menerangkan kepada mereka piramid yang saya lukis di 'white board' yang bermula dengan > 3 PROJEK > JABATAN > SYARIKAT >

Kita bertemu dengan beberapa rakan, kita bincang idea bisnes, jadi kita jalankan idea kita itu secara projek. Projek itu mesti ada permulaan dan tempoh masa ia ditutup. Projek itu ada modal awal dan juga pembahagian keuntungan dihujungnya.

Mulakan dengan satu projek bersama-sama beberapa orang yang kita pilih, ia boleh jadi dari kalangan pekerja-pekerja sedia ada, ataupun dari orang luar yang kita lihat punya potensi.

Sekiranya projek pertama berjaya. Lakukannya buat kali kedua dan kali ketiga. Setelah habis projek ketiga, kini tuan sudah tahu, ahli pasukan mana yang bagus dibuat partner, dan berapa bentuk pembahagian saham atau dividen yang bersesuaian mengikut komitmen dan kepentingan tugasan yang dipikul.

Rajah piramid yang sama juga saya gunakan untuk menerangkan kepada pekerja saya cara untuk mereka naik jawatan dan seterusnya menjadi CEO syarikat.

Untuk menjadi usahawan mereka perlukan syarikat. Oleh itu saya terangkan cara bagaimana mereka boleh mempunyai syarikat sendiri dan menjana pendapatan.

Saya tunjukkan carta yang bermula dengan

> 3 PROJEK > JABATAN > SYARIKAT > JV (KUMPULAN SYARIKAT)

Contoh : Projek Buat Duit A.

Saya selalunya meminta mereka cadangkan satu projek buat duit dengan cara yang mereka suka. Jadi saya akan sama-sama menjayakan Projek Buat Duit A ini sebanyak 3 kali dengan meminjam resources-resources lain dalam syarikat.

Apabila projek ini menunjukkan kejayaan, maka ia akan di'upgrade' kepada JABATAN A dalam syarikat sedia ada. Ketua projek tadi sudah boleh dijadikan pengurus. Sudah boleh ditetapkan resources khas untuk JABATAN ini.

Kemudian JABATAN A ini akan melalui fasa 'HYPE CYCLE'nya yang tersendiri. Apabila survive fasa tersebut, maka bolehlah di'upgrade' kepada anak syarikat A.

Pengurus JABATAN A itu pula mempunyai peluang menerajui syarikat A.

Apabila telah menjadi syarikat, maka CEO syarikat A itu perlu menaikkan dirinya menjadi usahawan tahap 3. Maka dengan terciptanya SOP yang lengkap.

Setelah itu, akan diupgrade ke bentuk JV. Di mana, CEO A boleh lepas tangan dalam urusan kerja dan dilantik lembaga pengarah ibu syarikat sambil memegang saham anak syarikat. Kami pula, bersama melantik CEO baru kepada syarikat A.

Dari pelan ini, pekerja BLINK dapat melihat dengan jelas, bagaimana mereka boleh jadi seperti saya, boleh memiliki syarikat dan punya masa untuk main FB sambil buat duit.

MAKSIMA atau OPTIMA.

by Tn Syaizul Amal

Saya selalu menggunakan dua perkataan ini dalam gerak kerja bisnes saya. Apabila telah ada momentum kerja, saya mahu ia diMAXIMIZEkan, kemudian diOPTIMIZEkan.

Yang mana satukah yang lebih bagus? Pada saya kedua-duanya perlu digunakan secara bergandingan.

Optima adalah mendapatkan hasil terbaik dengan sumber yang ada di tangan.

Jika ia sebuah kek, kita akan cuba dapatkan bahagian kek yang paling besar dan paling sedap sekali.

Maksima pula, mendapatkan hasil yang lebih melalui pelbagai sumber termasuk yang bukan ditangan.

Jika ia sebuah kek, maka maksima ini adalah membesarkan lagi kek tersebut.

Kedua-duanya diperlukan.

Contoh Optima : Mengoptimakan pekerja yang kita ada untuk memfokuskan kepada kerja-kerja yang membuat duit sahaja. Jika ada 10 kerja buat duit, mana satukah yang perlu difokuskan yang buat duit paling banyak?

Contoh Maksima : Memaksimakan pekerja kita dengan membuat pelbagai bentuk aktiviti buat duit. Sebelum ini ada 10 kerja buat duit, kita tambah 10 kerja lagi yang boleh buat duit.

Memaksimakan sesuatu kerja itu tidak bermakna hasilnya yang terbaik. Contoh :

1. Buat 10 kerja tetapi optimakan 2 yang terbaik, hasil untungnya RM2000.
2. Maksimakan hingga 20 kerja, hasil untungnya masih RM2000.

Siapa yang lebih untung? Kedua-duanya sama untung tetapi yang OPTIMA lebih mudah kerana fokus kepada 2 kerja sahaja untuk dapatkan hasil yang sama.

Sekiranya kita gandingankan kedua-duanya. Bagaimana pula?

Memaksimakan hingga 20 kerja, kemudian dioptimakan pula kepada 4 kerja utama dengan hasil RM4000. Itu yang kita mahukan.

MEMAKSIMAKAN bermaksud berkembang atau menambah, OPTIMA pula memfokuskan kepada yang terbaik.

Nota malam daripada Guru Inspirasi saya..

Nota malam daripada Guru Inspirasi saya..

Satu masa anaknda akan mula bekerja. Katakan pendapatan mula mula adalah RM3000.Pecahkan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

30% = hidup
20% = interpersonal, learn from sifu
15% = buku
10% = mengembara
25% = modal asas meniaga


30% iaitu sekitar RM900 untuk hidup seharian.Makan sekadar untuk hidup. Banyak berpuasa.Masak sendiri. Jimat belanja. Belanja hanya RM10 sehari. Ikat perut. Naik bas. Naik komuter.

Bahagian kedua 20%. Katakan RM600. Ini untuk tambah kawan. Interpersonal circle. Belanja kawan yang lebih berpengetahuan dan kaya. Ya belanja mereka yang terpilih ini sekurang kurangnya 2 minggu sekali. Bina reputasi. Belajar secara bertalaqi. Masa ini kita juga dapat makan sedap.

Bahagian ketiga 15%. Katakan rm450. Gunakan untuk beli buku. Sekurang kurangnya RM100 dulu sebulan. Dulu-dulu papa beli buku di kedai popular, Petaling Street, waktu mereka mula buka. Harganya murah. Beli buku terpakai di Central Market dan Chowrasta Bazaar. Sekarang di BBW. Yang penting beli buku dan baca.RM350 lagi simpan masuk seminar. Belajar dari ahli profesional dan usahawan berpengalaman dalam bidang mereka.

Bahagian keempat 10%. Katakan RM300. Gunakan untuk mengembara. Back packing. Kenal dunia. Kenal banyak tempat. Luaskan horizon pemikiran kita. Buat catatan. Perhati. Tekuni tempat orang. Tidur dihotel murah, tetapi pastikan selamat. Makan roti dan buah.

Bahagian kelima 25%. RM750. Simpan. Ini modal asas. Simpan.Belajar ilmu bisnes yang mengajar bagaimana dengan modal RM2000 kita boleh dapat RM20,000.

Daripada lebihan dengan perancangan teliti pada bahagian 1 hingga 4. Kita sedekah. Sedekah pada orang susah yang memerlukan. Pak Cik Jaga, mak cik bersih tandas. Dan ramai lagi orang memerlukan. Usah habiskan duit beli baju dan kasut. Peduli tentang handbag. Beli baju yang berkualiti dan jaga dengan rapi. Beli yang baik. Basuh dengan tangan. Gosok sendiri. Pastikan kita kemas.

Bangun awal pagi. 2 jam sebelum orang lain. Sertai kelab jam 4 pagi. Dahului masa sewaktu orang lain masih bermimpi. Perhatikan juga masa dari jam 8 hingga 10 malam. Apa yang kita buat. Kurung diri. Usah keluar untuk suka suki tak ketahuan diri. Membaca. Buat nota. Perbaiki diri. Anakku apabila kalian lakukan ini.

Kalian MESTI jadi Jutawan sebelum umur 30 tahun. InsyaAllah. Apabila sudah jadi Jutawan belilah apa yang kita mahui sebelum ini. Kejayaan dan kekayaan akan datang mengetuk pintu. Tatkala miskin usah takut pada penghinaan. Itu rencah penyedap rasa dihari kemudian. Nekad dan Gigih. Kita boleh tumbang, namun rambut dikepala mesti tersisir rapi.Senyum. Maafkan semua orang. Tebarkan salam. Tolong orang dalam kesusahan. Apabila kaya dan berjaya. Diam. Usah banyak cakap. Usah bersembang. Senyum dan terus senyum. Bersyukur. Bersedekah. Kuncinya orang bersyukur pasti beroleh kejayaan.


Anak-anak kita bakal diajar seperti ini masa mendatang