Wednesday 26 February 2014

BAGAIMANA MENCARI PASUKAN ATAU RAKAN JV

By Tn Syaizul Amal

Saya telah ditanyakan soalan ini oleh beberapa orang rakan kita di dalam Facebook Group ini.

Salah tahu fokus utama bagi Usahawan Fasa 2 adalah membangunkan pasukan yang lengkap bagi menjaga mesin duit. Mesin duit adalah pusingan bisnes kita. Pasukan ini mestilah boleh memastikan mesin duit kita itu boleh berjalan secara auto.

Ini gambar saya bermesyuarat dengan pasukan anak syarikat BLINK iaitu BLINK DIGITAL SDN BHD dan BLINK EVENT SDN BHD.

Saya menerangkan kepada mereka piramid yang saya lukis di 'white board' yang bermula dengan > 3 PROJEK > JABATAN > SYARIKAT >

Kita bertemu dengan beberapa rakan, kita bincang idea bisnes, jadi kita jalankan idea kita itu secara projek. Projek itu mesti ada permulaan dan tempoh masa ia ditutup. Projek itu ada modal awal dan juga pembahagian keuntungan dihujungnya.

Mulakan dengan satu projek bersama-sama beberapa orang yang kita pilih, ia boleh jadi dari kalangan pekerja-pekerja sedia ada, ataupun dari orang luar yang kita lihat punya potensi.

Sekiranya projek pertama berjaya. Lakukannya buat kali kedua dan kali ketiga. Setelah habis projek ketiga, kini tuan sudah tahu, ahli pasukan mana yang bagus dibuat partner, dan berapa bentuk pembahagian saham atau dividen yang bersesuaian mengikut komitmen dan kepentingan tugasan yang dipikul.

Rajah piramid yang sama juga saya gunakan untuk menerangkan kepada pekerja saya cara untuk mereka naik jawatan dan seterusnya menjadi CEO syarikat.

Untuk menjadi usahawan mereka perlukan syarikat. Oleh itu saya terangkan cara bagaimana mereka boleh mempunyai syarikat sendiri dan menjana pendapatan.

Saya tunjukkan carta yang bermula dengan

> 3 PROJEK > JABATAN > SYARIKAT > JV (KUMPULAN SYARIKAT)

Contoh : Projek Buat Duit A.

Saya selalunya meminta mereka cadangkan satu projek buat duit dengan cara yang mereka suka. Jadi saya akan sama-sama menjayakan Projek Buat Duit A ini sebanyak 3 kali dengan meminjam resources-resources lain dalam syarikat.

Apabila projek ini menunjukkan kejayaan, maka ia akan di'upgrade' kepada JABATAN A dalam syarikat sedia ada. Ketua projek tadi sudah boleh dijadikan pengurus. Sudah boleh ditetapkan resources khas untuk JABATAN ini.

Kemudian JABATAN A ini akan melalui fasa 'HYPE CYCLE'nya yang tersendiri. Apabila survive fasa tersebut, maka bolehlah di'upgrade' kepada anak syarikat A.

Pengurus JABATAN A itu pula mempunyai peluang menerajui syarikat A.

Apabila telah menjadi syarikat, maka CEO syarikat A itu perlu menaikkan dirinya menjadi usahawan tahap 3. Maka dengan terciptanya SOP yang lengkap.

Setelah itu, akan diupgrade ke bentuk JV. Di mana, CEO A boleh lepas tangan dalam urusan kerja dan dilantik lembaga pengarah ibu syarikat sambil memegang saham anak syarikat. Kami pula, bersama melantik CEO baru kepada syarikat A.

Dari pelan ini, pekerja BLINK dapat melihat dengan jelas, bagaimana mereka boleh jadi seperti saya, boleh memiliki syarikat dan punya masa untuk main FB sambil buat duit.

No comments:

Post a Comment