Wednesday 26 February 2014

MAKSIMA atau OPTIMA.

by Tn Syaizul Amal

Saya selalu menggunakan dua perkataan ini dalam gerak kerja bisnes saya. Apabila telah ada momentum kerja, saya mahu ia diMAXIMIZEkan, kemudian diOPTIMIZEkan.

Yang mana satukah yang lebih bagus? Pada saya kedua-duanya perlu digunakan secara bergandingan.

Optima adalah mendapatkan hasil terbaik dengan sumber yang ada di tangan.

Jika ia sebuah kek, kita akan cuba dapatkan bahagian kek yang paling besar dan paling sedap sekali.

Maksima pula, mendapatkan hasil yang lebih melalui pelbagai sumber termasuk yang bukan ditangan.

Jika ia sebuah kek, maka maksima ini adalah membesarkan lagi kek tersebut.

Kedua-duanya diperlukan.

Contoh Optima : Mengoptimakan pekerja yang kita ada untuk memfokuskan kepada kerja-kerja yang membuat duit sahaja. Jika ada 10 kerja buat duit, mana satukah yang perlu difokuskan yang buat duit paling banyak?

Contoh Maksima : Memaksimakan pekerja kita dengan membuat pelbagai bentuk aktiviti buat duit. Sebelum ini ada 10 kerja buat duit, kita tambah 10 kerja lagi yang boleh buat duit.

Memaksimakan sesuatu kerja itu tidak bermakna hasilnya yang terbaik. Contoh :

1. Buat 10 kerja tetapi optimakan 2 yang terbaik, hasil untungnya RM2000.
2. Maksimakan hingga 20 kerja, hasil untungnya masih RM2000.

Siapa yang lebih untung? Kedua-duanya sama untung tetapi yang OPTIMA lebih mudah kerana fokus kepada 2 kerja sahaja untuk dapatkan hasil yang sama.

Sekiranya kita gandingankan kedua-duanya. Bagaimana pula?

Memaksimakan hingga 20 kerja, kemudian dioptimakan pula kepada 4 kerja utama dengan hasil RM4000. Itu yang kita mahukan.

MEMAKSIMAKAN bermaksud berkembang atau menambah, OPTIMA pula memfokuskan kepada yang terbaik.

No comments:

Post a Comment