Wednesday 26 February 2014

Nota malam daripada Guru Inspirasi saya..

Nota malam daripada Guru Inspirasi saya..

Satu masa anaknda akan mula bekerja. Katakan pendapatan mula mula adalah RM3000.Pecahkan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

30% = hidup
20% = interpersonal, learn from sifu
15% = buku
10% = mengembara
25% = modal asas meniaga


30% iaitu sekitar RM900 untuk hidup seharian.Makan sekadar untuk hidup. Banyak berpuasa.Masak sendiri. Jimat belanja. Belanja hanya RM10 sehari. Ikat perut. Naik bas. Naik komuter.

Bahagian kedua 20%. Katakan RM600. Ini untuk tambah kawan. Interpersonal circle. Belanja kawan yang lebih berpengetahuan dan kaya. Ya belanja mereka yang terpilih ini sekurang kurangnya 2 minggu sekali. Bina reputasi. Belajar secara bertalaqi. Masa ini kita juga dapat makan sedap.

Bahagian ketiga 15%. Katakan rm450. Gunakan untuk beli buku. Sekurang kurangnya RM100 dulu sebulan. Dulu-dulu papa beli buku di kedai popular, Petaling Street, waktu mereka mula buka. Harganya murah. Beli buku terpakai di Central Market dan Chowrasta Bazaar. Sekarang di BBW. Yang penting beli buku dan baca.RM350 lagi simpan masuk seminar. Belajar dari ahli profesional dan usahawan berpengalaman dalam bidang mereka.

Bahagian keempat 10%. Katakan RM300. Gunakan untuk mengembara. Back packing. Kenal dunia. Kenal banyak tempat. Luaskan horizon pemikiran kita. Buat catatan. Perhati. Tekuni tempat orang. Tidur dihotel murah, tetapi pastikan selamat. Makan roti dan buah.

Bahagian kelima 25%. RM750. Simpan. Ini modal asas. Simpan.Belajar ilmu bisnes yang mengajar bagaimana dengan modal RM2000 kita boleh dapat RM20,000.

Daripada lebihan dengan perancangan teliti pada bahagian 1 hingga 4. Kita sedekah. Sedekah pada orang susah yang memerlukan. Pak Cik Jaga, mak cik bersih tandas. Dan ramai lagi orang memerlukan. Usah habiskan duit beli baju dan kasut. Peduli tentang handbag. Beli baju yang berkualiti dan jaga dengan rapi. Beli yang baik. Basuh dengan tangan. Gosok sendiri. Pastikan kita kemas.

Bangun awal pagi. 2 jam sebelum orang lain. Sertai kelab jam 4 pagi. Dahului masa sewaktu orang lain masih bermimpi. Perhatikan juga masa dari jam 8 hingga 10 malam. Apa yang kita buat. Kurung diri. Usah keluar untuk suka suki tak ketahuan diri. Membaca. Buat nota. Perbaiki diri. Anakku apabila kalian lakukan ini.

Kalian MESTI jadi Jutawan sebelum umur 30 tahun. InsyaAllah. Apabila sudah jadi Jutawan belilah apa yang kita mahui sebelum ini. Kejayaan dan kekayaan akan datang mengetuk pintu. Tatkala miskin usah takut pada penghinaan. Itu rencah penyedap rasa dihari kemudian. Nekad dan Gigih. Kita boleh tumbang, namun rambut dikepala mesti tersisir rapi.Senyum. Maafkan semua orang. Tebarkan salam. Tolong orang dalam kesusahan. Apabila kaya dan berjaya. Diam. Usah banyak cakap. Usah bersembang. Senyum dan terus senyum. Bersyukur. Bersedekah. Kuncinya orang bersyukur pasti beroleh kejayaan.


Anak-anak kita bakal diajar seperti ini masa mendatang

No comments:

Post a Comment